ISNIN, 24 JANUARI – Penglibatan guru dalam politik dianggap satu perkembangan yang baik namun risau sekiranya akan menjejaskan tugas rasmi mereka dan wujud situasi kurang baik.
Sehubungan itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) menyarankan satu tatacara dan mekanisme yang jelas diberikan kepada guru supaya mereka dapat terlibat dalam politik secara sihat.
Muhammad Afnan Tumiran, Setiausaha Agung Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) berkata :
“Andaikata perkara ini perkara ini benar-benar terjadi mungkin ada situasi kurang baik. Sebagai contoh mungkin sebenarnya ada kalangan guru sendiri bukan sedikit bilangannya mungkin pelbagai fahaman politik dan sebagainya dibimbangi sukar untuk mendisiplinkan diri bahawa politik ini tidak masuk ke dalam sekolah mungkin dibincangkan dalam sekolah di meja makan sebagainya di bilik guru. Mungkin situasi ini kurang baik di sekolah mewujudkan satu situasi yang mungkin melibatkan perasaan kurang enak kurang sedap bersama rakan-rakanlah.
Bagi mengelakkan perselisihan politik berlaku di kalangan para guru dan situasi yang kurang enak, Afnan menegesyorkan kerajaan mengeluarkan satu tatacara yang jelas kepada guru sebagai panduan mereka berpolitik demi kebaikan institusi pendidikan.
“Saranan iguru adalah supaya pihak kerajaan ini perlu ada sebenarnya satu tatacara yang jelas dia bukan satu statement kenyataan yang umum dia kena ada satu tatacara yang jelas bagaimana terutama pegawai dalam kerajaan ini boleh berpolitik terutama guru perlu ada tatacara yang jelas.
“Bilakah waktu atau masa yang sesuai guru berpolitik adalah selepas dari waktu sekolah samada hujung minggu atau waktu tertentu pilihan raya ditekankan sekali lagi bukan di dalam waktu persekolahan itu sendiri.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) agar tidak mengabaikan tugas hakiki mereka, walaupun diberi kebenaran untuk berpolitik.
Perkara itu dinyatakan selepas kerajaan membenarkan guru bergiat aktif dalam politik sebagaimana rakyat lain.