ISNIN, 24 JANUARI – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk bersama pasukan peguam beliau mahu meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintah Zahid membela diri setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, yang dimiliki Ahmad Zahid.
Datuk Seri Ahmad ZAHID Hamidi, Presiden UMNO berkata :
“saya peribadi dan peguam-peguam….
….pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah.”
Beliau bagaimanapun tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan, dan terus berlalu meninggalkan mahkamah selepas membuat kenyataan ringkas itu.
Suasana di luar Mahkamah Tinggi juga kekal tenang berikutan keputusan itu, dengan puluhan penyokong Ahmad Zahid berkumpul secara aman dan memberi kata-kata semangat kepadanya ketika beliau bergerak masuk ke dalam kereta.