![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2022/01/speaker-MU-21-JAN-300x168.jpg)
( / sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 21 JANUARI – Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak menerima sebarang surat permohonan pembubaran DUN, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat hari ini, selepas tular di media sosial susulan sebuah portal mendakwa beliau sudah mendapat surat tersebut, sekali gus menyatakan PRN bakal berlangsung tidak lama lagi.
Suhaizan Kaiat, Speaker DUN Johor berkata :
“Tidak, makluman portal itu tidak benar,”
Sihaizat menjelaskan laporan sebuah portal tersebut adalah tidak benar.
Terdahulu, sebuah portal mendakwa Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, telah menghantar surat permohonan pembubaran DUN kepada Pejabat Speaker DUN Johor semalam.
Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang, berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.
Pada masa ini, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (7) dan Amanah (6).