
(Kesialapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai / sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 21 JANUARI – Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai di kawasan Residensi Permai dan Residensi Aman di Bandar Teknologi Kajang mengundang kemarahan ramai.
Perkara itu diketahui atas sikap sensitif dan peduli oleh komuniti setempat dengan kesilapan pada tulisan jawi.
Kesilapan yang berlaku di papan tanda berkenaan menyebabkan netizen berang dan menganggap pihak berkuasa tempatan seolah-olah membuat kerja sambil lewa.
Netizen turut mempersoalkan mengapa pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tidak menyemak papan tanda tersebut terlebih dahulu sebelum ia dipasang.
Berikutan itu Majlis Perbandaran Kajang tampil memaklumkan, pihaknya sudah menanggalkan papan tanda berkenaan semalam bagaimanapun tidak menjelaskan punca kesilapan itu boleh berlaku.
Hari ini Kru TV Pertiwi meninjau di lokasi berkenaan iaitu di Residensi Damai, Residensi Aman dan Residensi Permai sekitar jam empat petang tadi mendapati papan tanda yang ditanggalkan masih belum diganti dengan yang baru.
Malah terdapat tiga tiang di kawasan berbeza masih tiada papan tanda yang dipasang.