
( Haniff Khatri Abdulla / sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 21 JANUARI – Berikut adalah perkembangan keputusan siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, SC, berkenaan kes Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa beliau ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan, jelas Suruhanjaya itu keterangan bebas yang diperolehi semasa melaksanakan inkuiri adalah merujuk kepada dua perkara penting.
Pertama — Beliau adalah penama akaun saham dan mempunyai kuasa ke atas akaun saham itu dan yang kedua, beliau telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan menyampaikan arahan untuk menjual, beli serta pemindahan saham daripada akaun itu.
Oleh itu, SC menetapkan — Tiada pelanggaran terhadap seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.
Namun sebaliknya, menurut peguam Haniff Katri, penjelasan SC adalah bercanggah dengan kenyataan Tan Sri Azam sebelum ini bahawa akaun dagangan itu digunakan oleh adiknya.
Haniff Khatri Abdulla selaku Peguam berkata :
“…. Azam is the holder of the account and control the account including carry out transaction and giving instruction of purchase sale……. By his brother Nasir Baki….”
Tegas peguam itu lagi, kenyataan Tan Sri Azam adalah tidak betul dan tidak tepat daripada siasatan yang dilaksanakan SC.
Oleh itu, Haniff mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas siasatan ditubuhkan oleh Peguam Negara Tan Sri Idris Harun yang wajar diberi tempoh enam minggu.
Dalam masa sama, Tan Sri Azam diminta bercuti rehat sepanjang proses siasatan Jawatankuasa Khas itu dilakukan.
Ujar Haniff Khatri lagi berkata bahawa :
“…. This is not a political issue, this is the issue of rule of law…. Especially those who carry out the enforcement of law…”