
( Facebook Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkenaan menu RMT / sumber : TV Pertiwi)
KHAMIS, 19 JANUARI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius dakwaan menghidangkan nasi putih dan kuah sahaja kepada seorang pelajar di sebuah sekolah dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Menteri Pendidikan, Datuk Doktor Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan lanjut mengenai perkara itu akan dijalankan demi memastikan kebajikan pelajar terjaga.

(Hidangan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu nasi putih dan kuah sahaja / sumber : TV Pertiwi)
Menerusi hantaran di laman facebook miliknya, beliau telah mengarahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.
Tegasnya, KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

(Facebook pengguna yang memuatnaik gambar hidangan pelajar penerima RMT / sumber : TV Pertiwi)
Semalam, seorang pengguna Facebook memuatnaik gambar menunjukkan pelajar penerima RMT didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.
Menurut hantaran wanita itu, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.
Wanita itu turut menggesa kerajaan menyiasat isu terbabit agar tiada pihak yang tertekan.