KHAMIS, 20 JANUARI – Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai di kawasan Residensi Permai dan Residensi Aman di Bandar Teknologi Kajang di sini mengundang persoalan ramai.
Ini kerana, walaupun secara terang-terangan tulisan jawi di tiga papan tanda jalan di kawasan berkenaan terdapat kesilapan iaitu ejaan terbalik dan huruf tidak bersambung, ia tetap tidak perbetulkan.
Malah lebih meragukan, papan tanda berkenaan tetap mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kajang kerana logo pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut diletakkan bersama-sama panda tanda jalan berkenaan.