UPIN IPIN meninggal?

(Tular sebuah video di aplikasi Tiktok, adanya kubur kartun animasi Upin dan Ipin / sumber : gamer santai)
(Tular sebuah video di aplikasi Tiktok, adanya kubur kartun animasi Upin dan Ipin / sumber : gamer santai)

RABU, 19 JANUARI – Kecoh semalam dilaporkan watak animasi UPIN dan IPIN meninggal.

Namun selepas satu penjelasan oleh Penerbit dan Pengarah Urusan Les Copaque Production, Haji  Burhanuddin Md Radzi di dalam kemas kini di laman Facebook, beliau juga berkata terkejut dengan ‘berita sedih’ mengenai pemergian dua kanak-kanak itu.

Dalam reaskinya berhubung perkara itu Haji Burhanudin berkata beliau tergamam membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mereka sedang bercuti di Sulawesi.
Dalam reaksi awal beliau berkata, mana mungkin kerana beliau sendiri yang menghantar Upin Ipin ke sekolah tadika pada hari itu (Isnin)
Laporan dari Kompas.com   secara tidak langsung menunjukkan betapa popularnya Upin Ipin di negara jiran itu. Malah kata beliau, beberapa portal media juga menghantar e-mel kepada beliau untuk pengesahan perkara berkenaan.
Burhanuddin yang merupakan pengisi suara watak Atok dalam siri animasi itu menambah, Upin Ipin sebenarnya dalam keadaan sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan dalam musim baharu.

“Apa yang dapat kita pelajari ialah Upin Ipin bukan siri animasi sembarangan. Iaadalah siri luar biasa yang membuatkan peminatnya percaya UI masih hidup. Sebagai penerbit siri itu, ia menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kandungan-kandungannya memberi manfaat kepada generasi masa hadapan, di mana pun mereka berada. Kami juga berbangga bahawa kami telah sampai ke satu tahap dan pasukan saya akan terus bekerja keras untuk mempertahankan piawaian kami. Kita memimpin, yang lain ikut.”

Laporan  itu tular rentetan,  satu video daripada aplikasi TikTok milik @bang_alonk3110 yang memperlihatkan kuburan bertanda nama UPIN dan IPIN tersebar di Indonesia.

Dua kubur itu berkedudukan bersebelahan antara satu sama lain menggunakan batu nesan berwarna biru.

Tertulis di batu nisan tarikh meninggal Upin meninggal pada  6 Ogos 1995, manakala  Ipin pada 2 April 1996.

Video TikTok itu mendapat tontonan 36 juta kali sehari selepas dimuat naik.

Pemilik akaun juga mengaku video itu hanya imaginasinya dan dia mendapatkannya daripada kawan dari Malaysia.

-Zati Arish

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis Itali Berang Diberi Pelitup Muka Merah Jambu

Next Post

MMA Mahu Hukuman Paling Berat Terhadap Mereka Terlibat

Related Posts