RABU, 19 JANUARI – Tindakan pihak tertentu mempertahankan sekolah vernakular kononnya atas alasan supaya bahasa ibunda mereka tidak hilang begitu tidak masuk akal.
Hakikatnya kerana sekolah vernakular, agenda memartabatkan bahasa kebangsaan dilihat semakin mustahil untuk berlaku. Bahkan, penguasaan bahasa Melayu di sekolah vernakular juga semakin parah.
Atas dasar itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melayan permintaan sesiapa sahaja berkaitan sekolah vernakular, sebaliknya terus memperkasakan sekolah kebangsaan.
-ismaweb.net