RABU, 19 JANUARI – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini dalam kenyataannya akan menambah pasukan petugasnya di plaza tol untuk membantu melicinkan pergerakan pengguna lebuh raya Utara-Selatan yang berhijrah menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
PLUS turut menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan sudah mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas itu.
PLUS dalam kenyataan-nya hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sudah berhijrah ke RFID sebagai pembayaran tol pilihan mereka sejak pelaksanaannya.
Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan, pada kenyataan itu.
PLUS juga berkata sekiranya tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.
Syarikat penyelenggara lebuhraya itu mendapat kritikan daripada masyarakat sehingga memaksa PLUS menutup ruangan komen.
Namun sehingga jam 6 petang tadi ruang – like, comment dan share di Facebook rasmi PLUS, sudah kembali berfungsi.