RABU, 19 JANUARI – Terdahulu di dalam hantaran facebook beliau menyatakan teknologi RFID juga adalah satu isu polisi keselamatan yang mana penggunaan gelombang radio boleh dimanipulasi oleh pihak berniat jahat dengan pintasan data.
Perbezaan RFID dan Smart TAG katanya ialah, smartag menggunakan gelombang infra-red iaitu gelombang radiasi elektromagnetik yang biasanya dihasilkan oleh haba seperti alat kawalan jauh televisyen dan peralatan perubatan canggih.
Manakala RFID, menggunakan gelombang radio jauh lebih panjang dalam skala spektrum elektromagnetik, dan memberi kelebihan untuk ia berfungsi tanpa jarak lurus.
Teknologi itu terpakai pada telefon pintar, internet, sistem penggera keselamatan dan sebagainya.
Justeru persoalan timbul, kelebihan teknologi gelombang radio RFID seperti dirungutkan pengguna semalam gagal membantu pengguna apabila palang tol lambat terbuka malah ada yang tidak berfungsi langsung.
Berkemungkinan ia belaku katanya disebabkan oleh kualiti serta lokasi pengesan yang diletakkan.
Beliau mencadangkan pengesan atau detector diletakkan lebih ke hadapan daripada palang, sudut yang baik dan perlu diset tepat kereta melepasi palang dengan selamat.
Kegagalan tetapan dan reka bentuk teknikal itu mungkin merupakan faktor yang dialami pengguna tol.
Dari sudut pembayaran beliau mencadangkan sistem e-wallet yang membenarkan kredit/hutang direka cipta supaya kereta yang kehabisan baki tidak tersangkut sehingga menimbulkan kesesakan.
Penggunaan RFID oleh negara maju lain juga perlu diambil kira seperti tiada palang selain pemasangan cip frekuensi yang lestari, bertahan lama – sehingga lima tahun yang ditawarkan,- serta pelekat yang kekal.
Beliau turut menyatakan kekecewaannya dengan satu solusi sistem yang tidak lestari kepada pengguna, sebaliknya hanya akan membebankan pengguna.