
( Masyarakat India tidak puas hati SOP sambutan Thaipusam/ sumber : TV Pertiwi)
RABU, 19 JANUARI – prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan Hari Thaipusam kali ini mendapat reaksi kurang senang oleh seluruh masyarakat India di negara ini.
Demikian yang dinyatakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sendiri secara peribadi mengakui kecewa dengan ketetapan itu.
Beliau berkata, lebih mengecewakan apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung SOP Thaipusam daripada ribuan masyarakat penganut agama Hindu yang meraikan hari kebesaran mereka itu.
Datuk Seri M Saravanan, Timbalan Presiden MIC berkata :
“…Saya doalah kalau menteri berkaitan boleh faham bahasa Tamil mereka tahu bagaimana kita boleh jadi sasaran kepada kumpulan sosial india sehingga kita menjadi populer di kalangan masyarakat India. Walaupun kebetulannya masyarakat India di seluruh negara tidak berpuas hati dengan SOP yang ditetapkan ini saya tidak boleh lari dari fakta salah satu alasan apabila kita memperkenalkan SOP yang begitu ketat boleh kita adakan pasar malam dengan beribu orang pergi beratus kedai ‘shopping complex’ di seluruh negara termasuk pavilion yang merangkumi beribu orang semalam masih buka. So apabila masyarakat India membangkitkan isu ini saya tiada jawapan…”
Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan, masyarakat India tidak akan teragak-agak akan ‘menghukum’ kerajaan pada pilihan raya akan datang berikutan kekecewaan masyarakat India sangat tinggi pada tindak-tanduk kerajaan hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Sadique.
Sebelum ini Saravanan bersama Halimah telah membangkitkan untuk meminta beribu orang berarak namun yang dibenarkan hanya 100 orang kerana mengambil kira tularan wabak Covid-19.