SELASA, 18 JANUARI – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa semua pihak dalam institusi kehakiman syariah tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing.
Mengulas mengenai perkara itu, presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, polemik berbalas kenyataan menyerlahkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi di negara ini.
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PPMM berkata :
‘PPMM melahirkan rasa dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan Syariah, baru-baru ini,”
Zainul Rijal berkata, kes berkenaan sudah berada di dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ketika ini.
PPMM katanya akur serta menanti hasil siasatan berkenaan dan tidak mahu mengambil pendirian ataupun mendahalui siasatan polis, dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, PPMM memandang serius permasalahan berkenaan dan demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar ia diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.
Tegas beliau, Menteri Agama sebagai Menteri bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), perlu menyelesaikan polemik ini supaya tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam sebagaimana dialami beberapa institusi.
Sehubungan itu, PPMM percaya perpecahan ini sudah lama tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib malah hakim bukan kalangan pengamal undang-undang dan kehakiman wajar dilantik untuk memudahkan perjalanan perbincangan semua pihak.