SELASA, 18 JANUARI – Isu membabitkan dakwaan salah laku terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilihat cuba mengheret kuasa pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mohd Nor Izzat Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, pihak pembangkang akan gunakan pelbagai sumber untuk menjayakan misi mereka demi menghapuskan Sistem Beraja di negara ini secepat yang mungkin.
Menurut Cikgu Izzat Johari lagi, secara teknikal dan hierarkinya sebagai kakitangan kerajaan bermakna Tan Sri Azam Baki mendapat lantikan daripada YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun katanya, ianya bukanlah sesuatu keputusan yang dibuat sesuka hati seperti dakwaan pembangkang yang kononya mahu menuduh YDPA pro-rasuah dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menghina Institusi Raja di Malaysia.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Naib Pengerusi PEMBELA berkata :
“Sebenarnya kita minta azam baki untuk berehat bukan bermakna dia bersalah kita suruh dia berehat kerana secara tidak langsung dia telah mempalikan isunya dengan kuasa autoriti atau kuasa yang melantik iaitu YDPA jadi secara tidak langsung walapupun dia kata dia tidak bersalah tetapi sedikit sebanyak telah meletakkan satu indicator bahwa lantikan Agong ini ada 1 pertikaian ini yang membuka peluang kepada pembangkang yang taka da modal ni untuk menghina agong.”
Tambah Cikgu Izzat, sebagai suruhanjaya sekiranya berlaku satu pertikaian, maka tindakan yang sepatutnya adalah perlu direhatkan di satu tempat yang tiada kaitan supaya dapat melancarkan perjalanan siasatan.
“Walau bagaimanapun saya hairan mengapa Azam Baki masih berdegil macam kanak-kanak yang baru belajar tidak mahu melepaskan jawatan untuk membenarkan siasatan berjalan dengan baik jadi perkara ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan bukan kita kata azam baki bersalah secara total tetapi ia telah terpalit dengan nama dan juga YDPA kerana suruhanjaya ni atas lantikan Yang Di Pertuan Agong.”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Azam Baki.
Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga mengulangi pendirian mahu tindakan lebih berani dibuat oleh kerajaan untuk mempertahankan integriti.