SELASA, 18 JANUARI – 16 kematian akibat covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM semalam menjadikan jumlah keseluruhan bertambah kepada 31,808 orang akibat pandemik itu.
Daripada jumlah itu dua pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.
Selangor mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi iaitu lima orang, diikuti negeri Terengganu tiga, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dua, manakalan Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah masing-masing merekodkan satu kematian.
Sementara itu, di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kematian baharu direkodkan.
Sebanyak 15 daripada 16 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir dan purata 25 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 16, menunjukkan trend menurun.