ISNIN, 17 JANUARI – Sekali pun mahu menjaga hati rakan komponen Barisan Nasional (BN), UMNO diingatkan untuk tidak cuba menjadi murah hati mengorbankan lebih banyak lagi kerusi Melayu kepada parti berasaskan kaum lain.
Ia berikutan banyak kerusi Melayu telah ‘dikorbankan’ untuk MCA dan MIC sebelum ini.
Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad , Setiausaha Agong BERJASA berkata :
“Tuntutan tidak masuk akal…ini tidak perlu dilayan sama sekali oleh BN dan UMNO kerana ia jelas bersifat ‘opportunist’ dan tidak realistik,” dakwanya kepada Ismaweb.net, hari ini.”
Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, mana-mana kawasan majoriti Melayu wajar ditandingi oleh calon berbangsa Melayu Islam dari UMNO dan bukannya parti komponen lain.
Justeru, beliau menyifatkan tuntutan Makkal Sakhti untuk diberikan empat kerusi Parlimen serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada BN pada RU15 nanti, sebagai melucukan dan bersifat keanak-anakan.
Katanya lagi, tuntutan tidak masuk akal Ini tidak perlu dilayan sama sekali oleh BN dan UMNO kerana ia jelas bersifat ‘opportunist’ dan tidak realistik.
Sebelum ini, Makkal Sakhti memaklumkan menyasar untuk bertanding sebanyak empat kerusi Parlimen dan lima DUN pada PRU15, susulan janji Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada parti berkenaan.
Parti komponen lain di bawah BN termasuklah UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
Menyelar tuntutan parti itu, Muhammad Lukman mengingatkan BN bahawa sebarang tawar menawar dalam isu pembahagian kerusi Melayu dianggap sebagai pengkhianatan UMNO kepada kepercayaan yang diberikan oleh bangsa Melayu sejak merdeka.