ISNIN, 17 JANUARI – Parti BERJASA Perak memandang serius berhubung keputusan pembatalan notis mengusir 19 tokong yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.
Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak, Shaharuzzaman Bistaman berkata, tindakan Pejabat Tanah dan Galian Perak sangat mengejutkan dan dilihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak jelas berlaku.
Jelasnya, BERJASA Perak menganggap ini suatu isu yang besar membabitkan pencerobohan tanah hak milik kerajaan, hutan simpan dan juga tanah rizab Melayu.
Shaharuzzaman Bistaman, Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak berkata :
“…malangnya selepas itu berlaku pertemuan diantara ketua MCA Perak dan wakil-wakil kuil dengan PTD, hasil perbincangan tersebut pihak pejabat tanah telah menarik balik notis itu sedangkan arahan itu jelas drp MB dan di ambil tindakan oleh PTD. Dan itu dilihat sesuatu yg pelik ianya berubah dengan tiba-tiba dan cukup mengejutkan. Dan bagi kami BERJASA ini bukan isu yg biasa tapi isu besar yg berterusan berkaitan dengan pencerobohan…”
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas mengenai isu pembatalan notis mengusir 19 tokong yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.
Susulan daripada itu, BERJASA Perak menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad agar bertegas dalam isu ini dan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak.
Beliau berkata, satu penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung tindakan pembatalan notis itu.
Mengulas lanjut, katanya, BERJASA Perak dengan penuh komited menubuhkan sebuah badan bertindak untuk isu tanah ini dikenali sebagai Sekretariat Pertahankan Tanah Rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak, ujarnya lagi bahawa :
“…berjasa perak mengambil inisaituf untuk mengajak semua NGO dan mereka yg mempunyai pengaruh dalam isu ini untuk membuat dan membetuk satu sektretiat untuk melindungi tanah kerjaan ini atau istilah lain tanah rakyat untuk kepentingan bersmaa. Isu ini besar dan tanah itu menunjukkan kepad asatu ketuanan, kedaulatan, dan bukan satu isu sampingan yg mesti dipertahan dan dibahaskan dengan sleayaknya dan sebijaknya…”
Sebelum ini, Pengerusi MCA Perak, Dr Mah Hang Soon berkata, notis pengusiran yang disampaikan ke atas 19 tokong dalam gua di daerah Kinta di Perak telah dibatalkan.
Malah mendakwa, keputusan itu dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak berikutan mesyuarat dialog antara dirinya, wakil dari 19 tokong dalam gua dan jabatan itu.
Katanya, pengarah jabatan itu bersetuju bahawa beberapa tokong gua itu penting dari segi budaya dan sejarah.