ISNIN, 17 JANUARI – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan tiada data menunjukkan seseorang itu perlu dijangkiti varian Omicron kerana didakwa mampu membina imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat.
Khairy berkata demikian susulan terdapat satu kajian yang dijalankan oleh pakar luar negara terutama di Afrika yang mendakwa varian itu mampu membina imuniti kelompok disebabkan oleh kadar transmisinya yang tinggi.
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata bahawa :
“Tidak kira varian apa. Omicron ke Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat Covid-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu sama ada mereka sudah divaksinkan ataupun tidak,”
Memetik laporan The Star pada Khamis, data saintifik yang dikumpulkan dalam tempoh 50 hari selepas varian itu dikesan di Afrika Selatan dan Botswana, Omicron didapati berbeza daripada strain Covid-19 lain kerana ia mempunyai simptom lebih ringan dan kadar kematian yang lebih rendah.
Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu juga masih belum dibuktikan kesahihannya lagi dan masyarakat diminta untuk tidak sengaja menjangkitkan diri dengan Covid-19, malah menasihati masyarakat untuk terus mendapatkan dos penggalak.