
( Haji Aminuddin Yahaya selaku Pengerusi PEMBELA / sumber : TV Pertiwi)
ISNIN, 17 JANUARI – Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak masjid itu keterlaluan dalam membentuk dan memberi pengajaran kepada mangsa.
Walaupun pada hakikatnya mencuri itu adalah salah di sisi undang undang dan agama islam.
Haji Aminuddin Yahaya selaku Pengerusi PEMBELA berkata :
“.…. pertama yang salah tetap salah maknanya kalau dia mencuri tambahan pula di masjid itu memang salah, itu memang tak ada… kenakan hukuman hukuman lah , kita tidak boleh tentang orang yang salah walau niat dia baik atau sebagainya . dalam islam ni tak ada matlamat menghalalkan cara dan sebagainya kalau betul la dia nak beli ubat untuk datuknya …..”
Dalam pada itu, Haji Amin berpendapat tindakan ahli masjid yang memberi hukuman dan menularkan video berkaan adalah tidak wajar. Katanya biarlah pihak berkuasa yang menentukan dan menjalankan tindakan sewajarnya
Haji Aminuddin Yahaya berkata kagi bahawa :
“.… di sini point nya ialah, isu cara dia tu dikenakan sedikit tindakan oleh pihak masjid. Pada pandangan saya dalam malaysia ini salu kita kata kita ada undang udnang so sebaiknya , maknanya biarlah pihak polis membuat siasatan bukan kita sendiri yang menjalankan hukuman itu . tambahan pula cara menghukum itu agak kurang sesuai. Itu juga satu penyiksaan , bukan satu pengajaran. Apakah dia berubah selepas itu..”