
( Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, UAE akan menyertai dana Arab Saudi-Perancis / sumber : ismaweb)
KHAMIS, 13 JANUARI – Seorang diplomat tertinggi Perancis berkata, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menyertai inisiatif dana bersama Arab Saudi-Perancis untuk diberikan kepada Lubnan, lapor Reuters.
Menurut laporan itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, UAE akan menyertai dana Arab Saudi-Perancis yang bertujuan memberi sokongan kepada rakyat Lubnan.
Disember lalu, Presiden Emmanuel Macron mengumumkan inisiatif Arab Saudi-Perancis untuk menyelesaikan krisis diplomatik dengan Lubnan semasa lawatannya ke Riyadh.
“Lawatan Presiden Macron membolehkan Teluk (negara Arab) memperbaharui hubungan, yang menyaksikan (penciptaan) dana bersama Franco-Saudi untuk menyokong Lubnan, yang akan dibantu esok, atau lusa, dengan sumbangan daripada Emiriah Arab Bersatu,” Le Drian memberitahu sidang Parlimen.
Pada 2018, UAE mendermakan angkatan bersenjata Lubnan dengan bantuan sebanyak AS$200 juta untuk membantu ‘menstabilkan’ negara.
Dengan pembinaan dana ini, Perancis dan Arab Saudi berhasrat untuk memusnahkan pengaruh kuat Hezbollah yang disokong Iran di negara itu. – Agensi
-ismaweb.net