JUMAAT, 14 JANUARI – Penangguhan pelaksanaan ibadah Umrah oleh kerajaan, menjadi polimek sejak beberapa minggu lalu kerana kesannya merugikan semua pihak.
Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata :
“Kerajaan perlu meneliti semasak-masaknya tarikh pembukaan semula perjalanan Umrah untuk rakyat Malaysia termasuk SOP baru selepas mengumumkan penangguhan melakukan ibadah itu secara drastik sebelum ini.”
Datuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH) berkata :
“…. Masa kita berjumpa dengan Kementerian Kesihatan berapa lama ditangguh dia kata tak pasti…. Saya pun terkejut NADMA belum ready…”
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di ibu negara.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) bertindak pilih kasih terhadap jemaah umrah apabila memutuskan untuk menangguh perjalanan untuk ibadat itu selama sebulan.
Tegasnya, keputusan itu dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi oleh KKM.
Dalam perkembangan lain… Beliau turut mengulas mengenai kebenaran terhadap penganut Hindu melakukan perarakan Thaipusam pada tahun ini.
Menurut Razali, kerajaan perlu konsisten dalam membuat keputusan.
Ujarnya lagi, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH) :
…. Siapa nak masuk buatlah RTK Swap Test…. Ken ajangkitan isu lain pulak esok…
Pada 7 Disember, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique mengumumkan — Semua perarakan perayaan Thaipusam tidak dibenarkan berikutan varian baharu COVID-19, Omicron namun selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan Negara telah membuat kenyataan bahawa SOP COVID-19 untuk sambutan itu belum dimuktamadkan.
Namun, memetik kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan kerajaan secara dasarnya membenarkan perarakan pedati berhala sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 18 Januari ini. Namun, perlu mematuhi SOP yang ketat.