Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Dibuka Esok

( / sumber : TV Pertiwi)
( 4 lokasi dibuka bagi program pusat pemberian vaksin PPV mulai esok / sumber : TV Pertiwi)

JUMAAT, 14 JANUARI – Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, akan membuka empat lokasi program pusat pemberian vaksin PPV dibuka mulai esok, di Lembah Klang.

KKM menyatakan empat lokasi PPV integrasi itu adalah di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Sokka Gakkai, Klang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya turut menyasarkan 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Katanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga bertujuan mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat – PEMBELA

Next Post

Gubal Undang-undang Elak Umat Islam Didiskriminasi

Related Posts