JUMAAT, 14 JANUARI – Kes pencerobohan puluhan ribu hektar tanah hutan simpan di Pahang yang berlaku sejak lebih 40 tahun dan telah disahkan oleh pihak mahkamah masih tiada hukuman dijatuhkan.
Namun, kes membabitkan seorang guru madrasah dan pelajarnya menceroboh hutan simpan tersebut pada bulan Ogos 2021 sudah pun dijatuhkan hukuman.
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata ini bukti wujudnya double standard dan sentimen rakyat yang gagal para difahami para pemimpin di negara ini.
“Itu belum lagi masuk bab pencerobohan-pencerobohan hutan untuk curi emas dan balak. Tahun lepas sahaja ada berapa banyak kes yang dilaporkan media. Sepi begitu sahajalah nampaknya.”
– Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA
Beliau berkata, ada berapa banyak kes yang dilaporkan media membabitkan pencerobohan hutan untuk mencuri emas dan balak namun hanya sepi begitu sahaja.
Begitu juga katanya, Tanah-tanah Rizab Melayu yang lebih 60 tahun menjadi barang dagangan kepada para taikun walaupun undang-undang menyatakan wajibnya menggantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang tetapi tidak dilakukan.
Dalam kes berlainan Aminuddin berkata, ramai yang berkongsi kepada beliau dengan rintihan dan kekecewaan terhadap apa yang menimpa nasib seorang guru madrasah dan pelajarnya yang didenda kerana menceroboh hutan simpan kekal dan boleh berdepan penjara enam bulan jika gagal membayarnya.
Tambah Aminuddin, kedua-duanya tidak diwakili peguam, dipercayai kerana tidak mampu namun mereka tetap membayarnya juga.
Berlainan pula dengan seorang guru di sebuah madrasah bersama pelajarnya didenda masing-masing RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik, tahun lalu.
Tertuduh, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal pada jam 11.30 pagi pada 23 Ogos 2021.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan meminta denda dikurangkan, berikutan orang susah dan menanggung keluarga.