JUMAAT, 14 JANUARI – Netizen berpendapat matapelajaran pendidikan islam masih relevan dengan dunia kini.
Ini kerana bukan sahaja faktor kesibukan ibu bapa yang tidak sempat mengajar pendidikan agama malah ada juga generasi muda khususnya kanak-kanak yang tidak langsung menerima pendidikan Islam.
Rata-rata menyatakan bahawa adalah penting untuk subjek pendidikan Islam diperkasa kerana berdasarkan perkongsian mereka, ada daripada kenalan yang tidak boleh mengaji Quran hingga belajar di peringkat menengah.
Malah ada juga menyatakan hujah bahawa subjek agama penting kerana jika tidak mereka tidak mengenal jiwa dan perjuangan masyarakat islam di zaman lampau.
Tambahan pula ada yang mengatakan pengalamannya mengajar, remaja yang tahu membaca jawi sangat mengecewakan.
Tidak kurang pula yang bukan menafikan pengajian Islam tetapi mau pengurangan jam pembelajaran bagi subjek berkenaan.
Ini bagi membolehkan subjek teras seperti matematik, sains bahasa inggeris ditambah waktunya.
Perbalahan di media sosial timbul selepas — satu ciapan yang seolah mempersoalkan jam yang diperuntukkan bagi subjek pendidikan Islam melebihi 5.5 jam bagi subjek lain.
Berbanding Matematik dan Bahasa Inggeris masing-masing 2.5 jam dan 1.5 jam.