JUMAAT, 14 JANUARI – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dinasihatkan untuk bercuti ketika kes beliau disiasat pihak berkuasa.
Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim berkata, siasatan terhadap Azam Baki melibatkan kes salah laku dan tidak menyempurnakan tugas, bukannya kes jenayah.
Justeru katanya, mengikut amalan mereka yang disiasat membabitkan kes salah laku akan digantung kerja.
Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkata :
“…ini amalan apabila seseorang pegawai disiasat atas apa-apa salah laku pegawai itu biasanya digantung kerja…namun dalam hal ini banyak pandangan dan ini bukan satu jenayah tetapi mungkin hanya salah laku…justeru terbaik pandangan kami beliau mengambil cuti dan rehat sebentar dan membiarkan jawatankuasa itu menjalankan tugas…”
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Rais Yatim berkata, isu pengisytiharan harta oleh Azam Baki perlu menjadi perkara utama dalam siasatan yang sedang berjalan ketika ini.
Beliau menegaskan, terdapat beberapa persoalan berkenaan pemilikan saham oleh Azam yang masih belum terjawab.
“…apabila sesuatu perkara berlaku terhadap ketua sesuatu jabatan, ketua itu perlu ada lunas dan procedure untuk disiat. Jika perkara itu ada, maka kita menunggu laporan itu. Dalam hal ini kami menunggu laporan dibuat samaada drp JPA, PDRM, Suruhanjaya Security…”