JUMAAT, 14 JANUARI – Sekurang-kurangnya lima maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di negeri Bengal Barat, India pada Khamis.
Sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.
Pegawai kanan kerajaan berada di lokasi nahas untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat, kata ketua menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam, menurut media tempatan.
“Kami rasa kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan ke bawah,” kata seorang mangsa yang terselamat.
Visual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah.
“Memantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas,” kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw dalam ciapan Twitternya. – Bernama