Shebby Meninggal Akibat Serangan Jantung

( / sumber : TV Pertiwi)
( Shebby Singh bekas pemain bola sepak kebangsaan malaysia dan juga penasihat teknikal, pasukan bola sepak johor FA / sumber : TV Pertiwi)

KHAMIS, 13 JANUARI – Shebby Singh bekas pemain bola sepak kebangsaan malaysia dan juga penasihat teknikal, pasukan bola sepak johor FA disahkan meninggal dunia malam tadi.

Sheeby, 61 tahun,  atau nama sebenar beliau serbegeth singh, dikatakan, meninggal ketika sedang berbasikal di sekitar sunway iskandar, jam 7 malam tadi.

Istana Negara dalam pada itu memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang.

 Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan

Shebby dan menyifatkan pemergian lagenda itu sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara.

Penggemar bola sepak berdukacita dengan pemergian mendiang secara mengejut pada Rabu.

Mendiang  pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 1982 hingga 1991 dan Shebby turut berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Azam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam – RM10 Juta

Next Post

Rakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP

Related Posts