KHAMIS, 13 JANUARI – Persoalan umrah dan vaksinasi adalah dua persoalan yang berbeza di mana sah atau batalnya umrah itu tidak berkaitan dengan persoalan lain, termasuklah mempunyai sijil vaksinasi atau tidak.
Menurut Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa berkata meskipun pemalsuan sijil vaksin tidak membatalkan umrah tetapi boleh tindakan itu boleh mengundang kemurkaan Allah.
“Menunaikan ibadah umrah adalah untuk mencari keredaan Allah, namun bagaimana mahu mendapatkan reda Allah sekiranya beribadah tetapi dalam masa yang sama melaksanakan kesalahan-kesalahan lain, yang boleh mengundang kemurkaan Allah apatah lagi ia boleh melibatkan keselamatan pihak lain terutamanya golongan berisiko.”
– Ustaz Syamil Esa, Pengarah Sekretariat MUIS
Beliau berkata pemalsuan sijil vaksinasi boleh dikategorikan sebagai penipuan terhadap pihak autoriti yang bertanggungjawab mengurus keluar masuk negara.
Jelasnya, semua polisi yang dilakukan termasuk syarat vaksin adalah bertitik tolak daripada polisi keselamatan yang melibatkan seluruh pihak, bukan pihak-pihak tertentu sahaja.
Menurut Ustaz Syamil, menunaikan ibadah umrah adalah untuk mencari keredaan Allah, namun bagaimana mahu mendapatkan reda Allah sekiranya beribadah tetapi dalam masa yang sama melaksanakan kesalahan-kesalahan lain, yang boleh mengundang kemurkaan Allah
Apatah lagi ia boleh melibatkan keselamatan pihak lain terutamanya golongan berisiko.
Sehubungan itu, Ustaz Syamil menasihatkan mana-mana pihak yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksin perlu bertaubat dan tindakan sewajarnyperlu diambil.
Namun sekiranya ia terbabit dalam melibatkan kemudaratan kepada pihak lain, ia boleh didakwa dan dikenakan hukuman atau ganti rugi kepada pihak yang terlibat.