WHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah

( / sumber : mstar)
( WHO, vaksin Covid-19 perlu dikemaskini bagi perlindungan terhadap varian Omicron/ sumber : mstar)

RABU, 12 JANUARI -Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, kata Xinhua.

Sementara itu, komposisi vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.

Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin COVID-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.

Pakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin COVID-19 bagi membendung varian Omicron. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tayar kereta Ditembak Selepas Pemandu Cuba Rempuh Polis

Next Post

Penduduk Kanada Tidak Divaksin Bakal Dicukai

Related Posts