RABU, 12 JANUARI – Penjajah Israel dan peneroka haram diberi amaran supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis.
Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Khaled al- Batsh menegaskan, perang serantau secara besar-besaran bakal tercetus sekiranya Israel membuat sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds.
Beliau mengingatkan penduduk negara haram mengenai keupayaan pihaknya dalam mempertahankan kota suci berkenan.
Dalam pada itu, Beliau menggesa, rakyat Palestin terus memelihara dan menyemarakkan perpaduan sambil menyifatkan perpaduan Palestin sebagai cara sah untuk mempertahankan hak negara mereka.
Sebelum ini, rakyat Palestin bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota negara masa akan datang.
Bagaimanapun rejim Israel, menuntut seluruh bandar tersebut dan mengenakan sekatan secara besar-besaran ke atas kota suci.
Malah rejim haram turut mengenakan sekatan ke atas kebebasan penduduk Palestin memasuki kawasan Baitulmaqdis.
Rejim pengganas terus mengeruhkan keadaan apabila membenarkan peneroka berterusan menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam.