Penduduk Kanada Tidak Divaksin Bakal Dicukai

( / sumber : bharian)
( Penduduk Kanada yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 akan dikenakan cukai/ sumber : bharian)

RABU, 12 JANUARI – Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.

Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan baharu di wilayah yang sedang bergelut menghalang penularan varian baharu Omicron itu.

Menurut Ketua Menteri itu, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan.

Katanya, seramai 10 peratus penduduk di Quebec yang masih belum menerima vaksin sepatutnya tidak boleh membahayakan kesihatan 90 peratus orang yang sudah divaksinasikan di wilayah tersebut.

Beliau menyatakan bahawa mereka yang tidak divaksinasi atas sebab perubatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai baharu itu.

Pada 30 Disember tahun lalu, wilayah tersebut mengembalikan sekatan tertentu termasuk perintah berkurung pada jam 10 malam dan larangan mengadakan perhimpunan peribadi.

Secara keseluruhan, seramai 2,742 orang yang dijangkiti Covid telah dimasukkan ke hospital dan lebih 250 orang diberikan rawatan rapi di Quebec yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk. – Agensi

-Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

WHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah

Next Post

Indonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan

Related Posts