RABU, 12 JANUARI – Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 57 daripada 180 negara.
Indeks dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI Malaysia) itu menunjukkan, kedudukan itu jatuh daripada tahun sebelumnya, dimana kedudukan Malaysia adalah di tangga ke 51 pada tahun 2019.
Bagi Indeks Persepsi Rasuah dunia tahun 2021 akan dikeluarkan TI Malaysia pada 25 Januari depan.
“Kami menggesa kerajaan untuk melantik badan penyiasatan bebas yang terdiri daripada individu yang layak dan bebas untuk mendedahkan fakta kes dan menentukan sama ada mana-mana undang-undang atau peraturan telah dilanggar.”
– Presiden Transparency International Malaysia, Muhammad Mohan Abdullah
Dalam pada itu, presidennya Muhammad Mohan Abdullah turut menggesa siasatan bebas dijalankan berhubung isu pegangan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berikutan kenyataan bercanggah mengenai perkara itu.
TI Malaysia juga menggesa kerajaan untuk melantik badan penyiasatan bebas yang terdiri daripada individu yang layak dan bebas untuk mendedahkan fakta kes dan menentukan sama ada mana-mana undang-undang atau peraturan telah dilanggar.