RABU, 12 JANUARI – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dinasihatkan menutup sementara jambatan gantung usang dan rosak di Sandakan yang tular kelmarin, bagi membolehkan kerja pembaikan dilakukan pada kadar segera.
Ini susulan selepas gambar beberapa pelajar sekolah terpaksa mengharungi jambatan gantung Sungai Batang yang berusia lebih 30 tahun itu tular di alam maya, ketika menghadiri hari pertama persekolahan mereka di SK Sibugal Besar, Sandakan, Sabah.