RABU, 12 JANUARI – Saya bersedia disiasat mana-mana pihak dan saya tiada apa untuk dilindungi.
Demikian ketegasan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini, bahawa beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak dan organisasi berhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Beliau juga menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai pengerusi LPPR.
Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata :
“…sukacita saya menegaskan saya bersedia untuk mana-mana pihak menyiasat saya pada bila-bila masa. I have nothing to hide kerna apa yang saya tekankan ini demi Allah benar belaka…”
Beliau berkata demikian menerusi sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abu Zahar menegaskan, kedudukan Institusi SPRM adalah lebih penting dan mendapat sokongan daripada rakyat, yang tujuan utamanya memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa tanpa khuatir “without fear or favour”.
Tambahnya, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak berkompromi dengan mana-mana salah lagu rasuah di semua peringkat.