SELASA, 11 JANUARI – Kementerian Kesihatan (KKM) memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin COVID-19 yang diterima oleh Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza Abdul Halim berkata, pemantauan itu dilakukan dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Vaksin (VMS).
Norhaliza Abdul Halim sebagai Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berkata :
“Berdasarkan semakan, tiada stok vaksin yang luput dibekalkan kepada PSV atau PPV”
Menurutnya dalam kenyataan merujuk kepada beberapa kiriman dan video yang dimuat naik dan ditularkan di media sosial berhubung dakwaan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada penerima, sama ada telah luput atau hampir luput.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berkata lagi bahawa :
“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk vaksin tersebut hanya akan diluluskan setelah hasil penilaian dapat mengesahkan ia memenuhi keperluan regulatori. Malah, ini juga terpakai kepada semua produk farmaseutikal lain yang sedia berdaftar,”
Norhaliza berkata, NPRA meluluskan permohonan pelanjutan jangka hayat bagi vaksin Comirnaty — Pfizer daripada enam kepada sembilan bulan, vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran China (daripada sembilan kepada 12 bulan) dan vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran Pharmaniaga Lifescience, Malaysia (daripada enam kepada 12 bulan).
Dalam perkembangan lain, Polis Terengganu menahan seorang doktor sebuah klinik swasta selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu di Marang, Kuala Terengganu, Sabtu lalu
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan itu.