SELASA, 11 JANUARI – Tindakan pelbagai pihak terhadap dakwaan pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilihat keterlaluan.
Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM Datuk Mazlan Mohamad berkata, tindakan berkenaan boleh menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap agensi tunggal pencegahan rasuah negara ini terjejas teruk.
Datuk Mazlan Mohamad, Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM berkata :
“Kita yakin kedua-dua institusi berkenaan akan menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus selaras dengan peruntukkan perundangan negara dan menggesa agar kedua-kedua pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan mereka dengan memberi keutamaan dan disegerakan”
Mazlan berkata, Persatuan ini berdiri teguh atas prinsip undang-undang bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh proses undang-undang dan bukannya melalui perbicaraan awam atau perbicaraan media.
Persatuan ini juga mempunyai keyakinan yang tinggi ke atas sistem keadilan jenayah negara ini serta proses perundangan yang menjamin ‘maruah’ individu serta organisasi, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Menurutnya, semua pihak perlu menanti keputusan siasatan dijalankan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Beliauyakin kedua-dua institusi berkenaan akan menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus selaras dengan peruntukkan perundangan negara dan menggesa agar kedua-kedua pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan mereka dengan memberi keutamaan dan disegerakan.