SELASA, 11 JANUARI – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau yang memilih Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, pelantikan Azam dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Perdana Menteri berkata :
“…Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan yang di pertuan agong…jadi jangan kaitkan dengan proses tu dengan kes yang kita dengar sekarang ni saya tak nak ulas kes tu…”
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said pada Ahad yang mempersoalkan sama ada Muhyiddin memeriksa latar belakang Azam sebelum memberi nasihat berkenaan pelantikannya kepada Agong atau sebaliknya.
Azalina membuat kenyataan itu susulan kontroversi yang melanda Azam berhubung pemilikan saham, selepas dia mengaku adiknya Nasir Baki menggunakan akaun perdagangan miliknya untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada 2015 dan 2016.