Manusia Lebih Hina Daripada Babi Jika Amalkan Korupsi – Ridhuan Tee

( / sumber : TV Pertiwi)
( Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik / sumber : TV Pertiwi)

SELASA, 11 JANUARI – Dosa makan rasuah jauh lebih besar daripada makan babi ini kerana rasuah lebih haram daripada babi.

Demikian menurut, Profesor Doktor Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau dengan nada tegas berkata — Pastinya manusia terlibat rasuah lebih hina daripada babi kerana haiwan itu tidak boleh meruntuhkan agama, bangsa dan tanah air. 

 

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik berkata :

Semulia-mulia manusia, adalah khalifah di muka bumi namun mereka sanggup ‘bertukar’ menjadi babi hanya kerana mengejar habuan dunia, dengan menerima dan memberi rasuah,”

Ridhuan Tee menambah, analogi babi yang dimaksudkan adalah merujuk kepada golongan yang menerima dan memberi rasuah untuk memperlihatkan perbuatan itu keji dan jijik.

Langkah mengatasi masalah ini ialah, cara pendekatan menanganinya perlu diubah — Baik perundangan, pendidikan dan kesedaran sehingga pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan.

Beliau mendakwa, Rasuah bermula daripada atas, oleh itu jika pemimpin tidak dapat menunjukkan teladan yang baik dan tidak menjalan amanah, akhirnya, rasuah semakin menjadi-jadi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia

Next Post

Azam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan

Related Posts