SELASA, 11 JANUARI – Sah, tiga ADUN di Perak menganggotai Parti Bangsa Malaysia, PBM yang hanya diwujudkan 21 Disember lalu.
Sebelum itu dua daripadanya bekas ADUN DAP menyertai BERSATU dan sekali lagi bertukar parti.
Namun tindakan melompat parti itu tidak menyebabkan sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keutuhan pentadbiran kerajaan negeri kekal, selagi mempunyai mandat menerusi jumlah kerusi yang mencukupi.
“Sekarang kita mempunyai 36 kerusi yang masih menyokong pentadbiran kerajaan negeri dan tiga ADUN lompat ke parti lain ini tidak menarik sokongan. Justeru, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada keabsahan pentadbiran kerajaan negeri,”
– Menteri Besar Perak / Datuk Seri Saarani Mohamad
Tiga ADUN berkenaan kata Menteri besar hanya menukar parti dan tidak menarik sokongan pada kerajaan negeri.
Tiga ADUN termasuk satu dari bebas yang menyertai PBM, ialah ADUN Bersatu – A Sivasubramanian (Buntong) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), serta Leong Cheok Keng (Bebas-Malim Nawar).
Mesyuarat agung luar biasa PBM Sabtu lalu, melihat Sivasubramaniam dan Choo Kiong, masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden serta Bendahari Agung, manakala Cheok Keng kini menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi.
Saarani juga, masih kekal sebagai menteri besar dengan sokongan 36 ADun, 25 dari barisan nasional, bersatu empat, pas – tiga, pbm – tiga dan bebas satu.
Manakala DAP menguasai 15 kerusi, AMANAH, 5, PKR, 3 .
Paul Yong diperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lepas.
Kes ADUN Tronoh itu bersambung februari ini.