ISNIN, 10 JANUARI – Salah satu cara mengelakkkan tanah warisan Melayu di Pulau Pinang yang tiada peruntukan tanah rezab melayu, bertukar tangan dan pemilikan kepada orang lain ialah melalui mekanisme tanah wakaf.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid, tiada jalan lain yang boleh dilakukan kecuali dengan menjadikan tanah milik orang melayu di negeri itu kepada tanah wakaf.
Malah dalam keadaan terkini dengan peratusan pemilikan tanah Melayu yang semakin rendah iaitu orang Melayu 24 peratus manakala bangsa lain secara individu dan swasta 45 peratus, ia adalah satu tahap yang membimbangkan dan wajar perihal tanah melayu dibawa ke suruhanjaya diraja.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid berkata :
“Kita berpandangan alternatif yang ada ialah untuk menjadikan tanah orang melayu kepada tanah wakaf, jika hari ini Majlis agama islam ialah agensi tunggal tanah wakaf, maka sudah sampai masanya ,Tuanku agung dapat mempertahankan tanah orang melayu sebagai tanah wakaf, kubur masjid kita serah kepada majlis agama Islam, tapi untuk tanah wakaf dikomersialkan pembangunan orang melayu dan dianggotai oleh profesional bukan ahli politik, dengan haritu tanah tanah Melayu melayu dibangunkan komersial pembangunan dan sebagainya sebagai tanah wakaf kekal sampai bila bila.”
Sekiranya tidak dilakukan demikian beliau menyatakan kebimbangan bahawa tanah melayu akan terus terlepas ke tangan orang lain dan melayu pulau pinang akan semakin terhimpit.
“Jadi kita risau kerana orang melayu 28 % sebelum merdeka sekarang 47 peratus lebih 2% daripada cina, masyarakat etnik terbesar tapi tanah kurang, so apa akan jadi dalam 10 tahun akan datang”
Malah ketika ini tanah yang dibangunkan untuk perumahan dijual balik dengan harga yang tidak mampu dibeli kembali oleh orang melayu.
Tambahnya, dengan lima daerah di pulau pinang, bahagian timur laut , 40 peratus tanah pulau – hanya 1.6 peratus adalah milik orang melayu.
Di barat daya keluasan tanah 60 peratus namun hanya dimiliki 15 peratus orang melayu, sedangkan pemilikan bangsa lain, syarikat dan swasta menghampiri pemilikan 45 peratus.
Tambah Datuk Dr Muhammad, dapatan itu yang diperoleh daripada kajian beliau dalam buku berjudul kemelut dan kepimpinan melayu pulau pinang, menyatakan banyak data terperinci mengenai tanah milik orang melayu pulau pinang.
Dalam konvensyen tanah melayu 2022 semalam, yang dianjur PEMBELA dan PERTAMA, enam resolusi dicapai antaranya – menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelamatkan dan melindungi tanah rezab melayu.
Ujarnya lagi memang ada kebimbangan bahawa tanah wakaf berkemungkinan lewat dibangunkan atau di salah tadbir namun, melalui mekanisme yang baharu beliau yakin pembangunan tanah wakaf secara komersil bersama dengan badan profesional mampu mempertahankan tanah melayu dan juga islam sampai bila bila.
Antaranya Pembangunan Tanah Wakaf Seetee Aisah,dan Uda Holdings.