ISNIN, 10 JANUARI – Menerusi Konvensyen Tanah Melayu yang diadakan semalam, Pengkaji Sejarah Tanah Melayu, Zaharah Sulaiman dalam pembentangannya berkata tanah rezab Melayu sehingga kini hanya meliputi 23 peratus di seluruh negara.
Susulan itu, Pengerusi Koperasi Pembangunan M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur (MASKOP), Datuk A.R. Mohtar Haji Rahmad menggesa agar semua tanah pegangan pajakan di Kampong Bharu ditukar syarat nyata kepada tanah pegangan bebas.
Datuk Ar. Mohtar Haji Rahmad, Pengerusi Koperasi Pembangunan M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur (MASKOP) berkata :
“…atas dasar pengorbanan pemilik hartanah setuju pembangunan kg bharu wujudnya akta 733…hanya tinggal 3% kini…”
Tambah Mohtar, semua tambakan tanah di pesisiran pantai baik di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain hendaklah dijadikan sebahagian kawasan di tanah rizab Melayu bagi mengganti balik tanah yang telah digadai oleh pihak kerajaan negeri.
Mengulas lanjut katanya, bagi membangunkan semua tanah rizab melayu yang terbiar – tabung wakaf pembangunan tanah rizab melayu perlu diwujudkan.
Beliau juga mencadangkan agar bayaran premium tukar syarat nyata daripaa pertanian kepada pusat bandar komersial, – bagi tanah pertanian Melayu dan tanah rezab melayu hendaklah norminal iaitu RM1,000 per lot.
Pembangunan cara pajakan dan dan wakaf juga digalakkan dalam membangunkan semua tanah pegangan bebas dan pegangan pajakan bagi memastikan pegangan pemilik terjamin terhadap hakmilik tanah.
Dalam pada itu, Mohtar turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang akan membentangkan akta tanah Kampong Bharu di parlimen tanpa membincangkan terlebih dahulu bersama pemilik tanah.
“…saya sangat dukacita bahawa akan dtg satu akta tanah kg bharu akan dibentangkan di parlimen sedangkan kami pemilik tanah tidak tahu apa isi kandungan ini…Di dalam MAS ini terkandung pembahagian harta dan tanah melalui…”
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab Konvensyen Tanah Melayu 2022 yang dianjurkan Yayasan PEMBELA dengan kerjasama Pertubuhan Profesional Tanah Melayu (PERTAMA) di Wisma Sejarah, semalam.