ISNIN, 10 JANUARI – Jangan sampai parti Melayu sahaja yang banyak tetapi tiada langsung Tanah Rizab Melayu yang tinggal.
Demikian luahan berbaur amaran – oleh Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun yang berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak menggadaikan Tanah rizab Melayu.
Beliau berkata, sangat menyedihkan apabila Tanah rizab Melayu juga yang diambil telah bertukar status kepada tanah freehold atau Tanah Pegangan Bebas yang boleh dimiliki oleh golongan bukan Melayu.
Shahbudin Embun selaku Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata :
“Saya ingin merasa kesal kerana isu tanah simpanan melayu ini dan mengikut perlembagaan negara setiap pengambilan tanah melayu rizab melayu ini mesti diganti itu memang tercatat di dalam perlembagaan dan yang lebih menyedihkan sekarang ini tinggal 23 peratus bermakna 77 peratus sudah hilang dan tanah yang telah hilang status tanah rizab melayu ini menjadi freehold dan ini amat menyedihkan kita.”
Justeru katanya, kerajaan wajib mengembalikan Tanah Rizab Melayu kepada orang Melayu untuk menggantikan tanah yang telah diambil begitu sahaja.
Jelasnya, kerajaan juga berkuasa menggazetkan tanah-tanah bukit dan lembah sebagai Tanah Rizab melayu untuk menggantikan tanah yang sudah hilang.
“Saya mintalah kerajaan yang masih ada saki baki 23 peratus ini minta supaya you must resto back status malay rezab land ini jika ada tanah bukit ke tanah lembah ke maka kerajaan wilayah persekutuan patut ambil inisiatif untuk gazetkan tanah-tanah itu menjadi dikembali tanah rizab melayu waimah tanah milik kerajaan juga mesti digazetkan sebagai tanah malay rizab untuk menggantikan tanah yang telah hilang begitu saja atas perbuatan pemimpin-pemimpin daripada government ke politician yang tidak begitu peka tentang kehendak perlembagaan dan berkenaan tanah rizab melayu ini kita tidak mahu suatu hari nanti parti melayu ada tetapi tanah rizab melayu telah hilang selama-lamanya di bumi orang Melayu ini.”
Semalam, satu resolusi dibuat Pertubuhan-pertubuhan Islam (PEMBELA) berhubung isu Tanah Rizab Melayu dalam Konvensyen Tanah Melayu 2022.
Antara intipati resolusi, menggesa Suruhanjaya Di raja ditubuhkan dengan terdiri daripada pakar undang-undang dan ekonomi tanah bagi tujuan menyelamat dan melindungi Tanah Rezab Melayu.