Hanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?

( /sumber : TV Pertiwi)
(Tangkapan di perbualan aplikasi Whatsapp mengenai khidmat membuat sijil vaksinasi palsu /sumber : TV Pertiwi)

ISNIN, 10 JANUARI – Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa dengan bayaran hanya RM2,500 sahaja bagi setiap individu, boleh terus mendapatkan sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera secara palsu.

Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan ‘selamat’ jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.

Menurut sumber, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.

Melalui mesej pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.

Individu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara

Next Post

Wakaf Penyelesaian Terbaik Untuk Tanah Orang Melayu P.Pinang

Related Posts