ISNIN, 10 JANUARI – Seorang pengarah urusan syarikat dan seorang jurutera yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam, direman enam hari bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 15 Jan itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmardiana Mamat di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan pukul 7 malam semalam (Ahad) di pejabat SPRM Johor Bahru kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, bernilai lebih RM250,000, enam tahun lepas.