
( 13 ditahan pandu secara mabuk sekitar ibu negara/ sumber : TV Pertiwi)
ISNIN, 10 JANUARI – Seramai 13 pemandu ditahan dalam Operasi Samseng Jalan, Op Motosikal Pelbagai didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata, 13 suspek yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 43 tahun.

(Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur / sumber : TV Pertiwi)
Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur berkata :
“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan terus mempertingkatkan skop operasi kami pada hujung minggu untuk membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,”
Menurut Sarifudin, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan didakwa.
Ujar beliau, pemandu terbabit ditahan dalam operasi yang bermula Jumaat lalu hingga hari ini.
Sementara itu, Operasi sama yang diadakan di sekitar kawasan bandar termasuk Jalan Raja Laut dan Jalan Pahang, turut menyaksikan lapan orang ditahan kerana melakukan aksi berbahaya.
Katanya, sebanyak 350 saman dikeluarkan sepanjang operasi itu dan sembilan motosikal dirampas kerana ubah suai secara haram.