JUMAAT, 7 JANUARI – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu beri kerjasama jika benar mahu menjaga imej SPRM sebagai badan berintegriti.
Presiden Parti BERJASA, Zamani Ibrahim ketika dihubungi berkata selain Azam Baki perlu disiasat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga perlu campur tangan supaya reputasi SPRM dapat terus terpelihara.
Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA berkata :
“Dia mesti menjaga mendahulukan kemuliaan institusi itu sendiri dan sekiranya perkara ini ingin dia berikan kerjasama hendaklah dia sekurang-kurangnya ambil cuti, berehat dan biarkan perkara itu disiasat supaya nampak dia beri kerjasama nampak dia berada di pihak bersungguh-sungguh untuk menjaga integrity dan itu dan bersungguh-sungguh dia menjaga kewibawaan dan kemuliaan SPRM itu sendiri.”
Tambah Zamani, Perdana Menteri perlu bersuara apabila membabitkan isu integriti penjawat awam ini dan memberikan ruang agar siasatan secara bersih dijalankan.
“Perdana Menteri mesti memastikan dan bersuara untuk menjaga kebersihan kesucian SPRM itu sendiri dan di sini perdana menteri mesti bersuara untuk campur tangan supaya maknanya sesiapa sahaja yang terlibat dengan isu yang tidak sesuai sebagai orang yang beranggap berintegriti maka hendaklah perdana menteri membersihkan SPRM itu sendiri bagaimana caranya mungkin menteri boleh panggil dia dan nasihatkan dia supaya dia berehat dan berikan ruang kepada badan tertentu untuk menyiasat sebaik-baik mungkin.”