JUMAAT, 7 JANUARI – Netizen mula mempersoalkan integriti SPRM di media sosial. Malah ada yang menganggap perkara itu bukan lah sesuatu yang mengejutkan memandangkan bagi mereka, sesetengah badan berkuasa sudah lama pudar nilai integritinya.
Tinjauan ke ruangan twitter mendapati pelbagai jenis reaksi dari kalangan netizen.
Rata-rata tidak terkejut dengan apa yang terjadi, memandangkan mereka sudah lama tidak meletakkan harapan kebergantungan yang tinggi pada sesetengah badan berkuasa.
Bagi mereka, badan-badan berkuasa seperti SPRM ini sudah menjadi satu bahan jenaka sahaja.
Netizen juga berpendapat, Penjelasan Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkenaan pemilikan saham yang dikatakan milik adiknya itu adalah satu alasan yang remeh.
Dan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkannya juga tidak diterima netizen.
Selain mendambakan pemimpin yang lebih berintegriti, netizen juga mengingatkan agar para pemimpin tidak memandang rendah pada kebolehan rakyat untuk menilai sesuatu perkara.