
( Korban banjir meningkat hari ini/ sumber : TV Pertiwi)
KHAMIS, 6 JANUARI – Jumlah korban banjir meningkat 54 orang dengan dua lagi dilaporkan masih hilang dalam bencana banjir yang melanda negeri Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, statistik itu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi dengan Selangor kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi, 25 orang.
Di Pahang, jumlah kematian kekal 21 orang, manakala dua lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
Kelantan pula mencatatkan empat kematian, tiga di Sabah dan satu di Negeri Sembilan.
Tambahnya maklumat dari semua pusat kawalan kontinjen PDRM, di seluruh negara setakat jam 12 tengah hari tadi, adalah seramai 13,322 orang daripada 3,989 keluarga.