KHAMIS, 6 JANUARI – Rayuan saman keabsahan sekolah vernakular masih diteruskan ke peringkat Mahkamah Rayuan oleh pihak plaintif.
Dan pada masa sama persoalan timbul apakah sekolah vernakular layak menerima peruntukan daripada kerajaan kerana dalam penghakiman kes berkenaan, menyebut sekolah berkenaan bukan pihak berkuasa awam.
Tanpa mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, apa yang dikesali ialah sikap rakus pertubuhan pendidikan cina, berkenaan.
Rentetan keputusan itu, Dong Zong dilihat seolah mengambil kesempatan mendesak kerajaan mempercepatkan peruntukan kepada sektor pendidikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Terbaru Pertubuhan pendidikan Cina, itu mendesak kerajaan mempercepatkan peruntukan kepada sektor pendidikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Memetik ismaweb, Pengerusinya, Tan Tai Kim juga meminta kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) susulan sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac ini.
“Walaupun peruntukan untuk pembangunan pendidikan dalam belanjawan telah bertambah dengan banyak sekali, tetapi belanjawan tersebut tidak menyebut tentang sekolah mubaligh dan SMJK. …bahkan tidak juga menyebut peruntukan untuk pembinaan SJKC baru dan pembinaan sekolah baru untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan lain,” Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim.
Dong Zong antara lain turut meminta kerajaan memperincikan peruntukan pendidikan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, khususnya membabitkan sekolah mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).
Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.
Tanpa menyebut mana-mana pihak, berkata mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.
Namun, berikutan sejak akhir-akhir ini disebabkan tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting.
Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina ‘bermasalah’ ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka.