KHAMIS, 6 JANUARI – Kerajaan digesa bertindak segera dan progresif dalam membanteras dan membasmi segala bentuk ajaran dan dakyah yang mengancam dan mengasingkan keharmonian perpaduan di negara yang berbilang bangsa ini.
Antaranya seperti mengetengahkan kempen sekolah kebangsaan dan mempelbagai pengajaran bahasa kaum dan bangsa lain sebagai subjek elektif di sekolah kebangsaan di samping mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
“Pada masa yang sama, kerajaan sewajarnya bertindak dengan segera dan progresif dalam membanteras dan membasmi segala bentuk ajaran dan dakyah yang mengancam dan mengasingkan keharmonian perpaduan di negara yang berbilang bangsa ini seperti mengetengahkan kempen sekolah kebangsaan dan mempelbagai pengajaran bahasa kaum dan bangsa lain sebagai subjek elektif di sekolah kebangsaan di samping mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran.’’
-Muhammad Hariz Md Yusoff, Exco Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, PPMM
Menurut Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, walaupun keputusan keabsahan sekolah vernakular telah diketahui, bahawa penubuhannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan perlu ada mekanisme lain untuk kerajaan memperhebatkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan Hak Pendidikan:
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Ketika ditanya mengenai perbandingan peruntukan kepada sekolah sekolah lain seperti tahfiz dan sebagainya beliau berkata Sekolah-sekolah seperti tahfiz dan sekolah agama Islam swasta telah secara jelas dan terang dinyatakan keabsahan peruntukan dana.
Sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan di mana secara khusus “melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Dan apabila sesuatu perkara itu dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan maka perkara itu adalah dibenarkan dan dibolehkan tanpa sebarang perbahasan atau pertikaian mengenainya lagi kerana tafsiran Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan sangat ketat dan teliti oleh Mahkamah.
Sementara itu bagi mengetahui apakah saman keabsahan itu boleh dipanjangkan, Hariz berkata keputusan Mahkamah Tinggi telah diputuskan bukanlah penamat segala-galanya bagi tindakan saman tersebut.
Pihak Plaintif boleh merayu akan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan seterusnya ke peringkat tertinggi di Mahkamah Persekutuan.
Kita yakin Plaintif dalam tindakan sekolah vernakular ini sedang merancang strategi untuk memfailkan rayuan dalam memberikan hujahan kepada Mahkamah yang lebih tinggi akan tafsiran dan kesan undang-undang terhadap sekolah vernakular di negara.